Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Khamis, Mei 21, 2009

LUMRAH KEHIDUPAN DUNIAWI

Ingin saya bertanya sedikit tentang amalan-amalan kehidupan seharian kita. Adakah kita menempuh hari-hari dalam hidup kita dengan lancar atau terdapat liku halangan yang membuatkan sehingga tergugat iman kita? Sudah pasti terdapat halangan hidup di dalam dunia ini.Jadi,hayatilah lirik nasyid yang diperdendangkan oleh kumpulan tanah air kita(hijjaz) yang bertajuk fatamorgana. Selepas itu,sama2lah kita mengambil sedikit masa untuk merenung sejenak amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah S.W.T yang penuh dengan barakah ini.

HIJJAZ-FATAMORGANA
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah…..

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

(ulang rangkap 2nd)

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta,pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada tuhan cahaya kehidupan(kebenaran)
Keimanan,ketakwaan kepada-Nya
Senjata utama..
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
(Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia)2x

(ulang rangkap 1st)

Allah Ta'ala berfirman :-
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (ali-lmran: 200)

"Nescayalah Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar." (Muhammad: 31)

Kesimpulannya,kita haruslah bersabar dalam menempuh dugaan yang diberikan Allah S.W.T di dunia ini dan kuatkanlah iman kerana dengan iman yang kuat sahajalah yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Benarlah janji Allah S.W.T itu bahawa akan ditempatkan orang2 yang soleh itu di tempat yang sewajarnya dan kepada mereka yang ingkar akan perintah-Nya ingatlah janji Allah S.W.T bahawa neraka sedang menanti mereka.

Allah Ta'ala berfirman:-
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)

Sabtu, Mei 16, 2009

~Addin Nasihah~

Addin Nasihah atau dengan erti kata lain ‘agama itu adalah nasihat’.
Jadi,di sini saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah lagi hina ingin mengambil sedikit masa untuk kita renungkan sejenak.Baca,hayatilah dan seterusnya,ambillah tindakan yang sewajarnya.insyaallah!!
Suka untuk saya membawakan satu hadis yang berkaitan dengan Addin Nasihah ini.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
-Hadis riwayat al-lmam Muslim-

Antara huraian yang terdapat dalam hadis ini :-
1. Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi mahupun ukhrawi.
2. lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.
3. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Kesimpulannya,kita sebagai manusia yang memegang amanah yang diberikan kepada kita marilah sama2 kita saling tolong-menolong satu sama lain dengan tegur-menegur sesama kita.Sanggupkah kita melihat orang yang kita sayangi diseksa di akhirat kelak dan kita turut sama masuk ke dalamnya kerana tidak menegur mereka yang melakukan kemungkaran?

Bukan tujuan saya menulis artikel ini saja2,tapi saya sebagai makhluk Allah yang memegang tanggungjawab di muka bumi Allah ini mengajak marilah sama2 kita termasuk diri saya merenung kembali dosa2 yang telah kita lakukan setelah sekian lama hidup di muka bumi Allah S.W.T yang penuh dengan barakah ini.Adakah dosa yang kita lakukan itu lebih sedikit daripada amalan kita dan sudah cukupkah amalan yang kita ada ini untuk menghadapi mati.Ingatlah rakan taulan bahawa dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup ini juga memerlukan pengorbananan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya adalah seorang manusia yang sering melakukan kesilapan dan tujuan saya melakukan ini semua bukanlah kerana ingin menuding jari ke arah sesiapa tetapi kerana risaukan masalah ummah zaman sekarang ini yang kian rancak dengan kehidupan duniawinya yang melebihi kehidupan ukhrawi dan untuk diri saya sendiri.Bacalah hadis di bawah ini dan berpeganglah kepadanya kerana saya juga berpegang kepadanya.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
-Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim-

Jika semua manusia di muka bumi Allah ini mengamalkan sikap tersebut insyaallah KHILAFAH ISLAMIAH akan dapat ditegakkan kembali sepertimana terdahulu.
TAKBIR3!!

Rabu, Mei 13, 2009

Syukur

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya terciptalah blog yang selama ini dipendam-pendamkan di dalam hati untuk membuatnya.Semoga dengan adanya blog ini dapatlah saya memanfaatkannya dengan seadanya.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan moga2 penulisan saya di dalam blog ini bermakna buat diri saya dan orang lain.Jazakallah

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.