Umat Islam pada masa kini berada di zaman fitnah di mana keselamatan hidup manusia tergugat oleh kezaliman yang berlaku di sana sini, diancam oleh musuh2 tradisi Islam yang datang dari setiap arah dan dengan berbagai-bagai bentuk dan rupa.
Sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah, tidak ada jalan lain untuk mengembalikan kekuatan untuk mengembalikan kekuatan selain kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya dengan rela hati dan penuh ketaatan. Umat Islam pada hari ini tewas adalah disebabkan imannya yang lemah.
Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman.
Ali Imran :139
Jika dulu Islam pernah menyelamatkan umat manusia yang hampir musnah dengan membawa mereka kepada jalan hidayah, maka kini Islam juga mampu menyelamatkan umatnya daripada musibah yang menimpa kita hari ni. Kita mempunyai ramuan yang cukup iaitu Al-Quran dan Sunnah untuk membina kekuatan dan menyusun masa depan kita.
Justeru itu, ayuh sahabat2 kita menyeru kepada sahabat2 lain serta seluruh umat Islam untuk membaiki diri untuk terus maju ke hadapan agar musuh2 Islam dapat kita tewaskan suatu hari kelak..Insya Allah!!
Mengapa perlu merdeka?
8 tahun yang lalu