Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Sabtu, Disember 11, 2010

Cinta Oh Cinta..

Terimalah sedikit perkongsian yang saya ambil dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ni buat kita semua..

KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.

Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya “get the same channel.”


Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat.
Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat.


Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.


Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “LOVE” membawa makna L = “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.


Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.
Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.


O = maknanya “obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.


V = ialah “victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.


Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan.


Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.


E = ialah “enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.
Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.


Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.


Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah perangai Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.


Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.

Sabtu, November 06, 2010

Orang Kata...... Tapi......

Di kala hidup ini, pasti kita telah mengharungi pelbagai godaan, dugaan, masalah problem dan pasti telah banyak yang telah kita pelajari..
Tapi adakah kita sedar apa yang sebenarnya telah kita lakukan? Adakah Iman kita sudah mencapai tahap Iman seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, As-Syahid Salahuddin Al-Ayyubi, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna etc. ?
Pasti sukar untuk kita semua mencapai ke tahap itu kerana fikiran kita telah dipengaruhi oleh Yahudi Laknatullah yang sebenarnya musuh Islam di dalam diam mahupun secara terang-terangan umpama nyamuk yang bersembunyi di dalam bilik dan bersedia untuk menyerang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.
Namun begitu, janganlah kita bersikap acuh tak acuh kerana Allah S.W.T itu Maha Adil. Ye, mungkin kita memang sukar untuk mencapai ke tahap sebegitu tp jika kita berusaha dgn b’sungguh2 untuk mencapai ke tahap itu Masya Allah sungguh tinggi nilainya dan amatlah bermakna bagi meraka yang mengejar untuk mendapatkan Halawatul Iman itu sendiri..
Marilah kita ambil masa yang sedikit ini untuk kita berfikir sejenak apakah sumbangan kita di dunia ini? Adakah sudah cukup bekalan kita untuk menghadapi Dunia Baru andai nikmat dunia kita ditarik suatu hari nanti?

ORANG KATA ..... kita kena la enjoy sementara masih muda ni, hidup panjang lagi,dah tua nanti taubat lah.

MURABBIKU KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study la.... past year papers la..
etc .. etc .. etc ..

MURABBIKU KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berparty lah
sepanjang malam, make it a memorable one!!

MURABBIKU KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

MURABBIKU KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Jannatul Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!

MURABBIKU KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

Hm, sape la kita d sisi Allah jika tidak menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya..
Sape la kita di sisi Malaikat jika tidak berbuat amal kebaikan..
Sape la kita di sisi Rasulullah S.A.W jika tidak menyambung dakwah yang diamanahkan oleh beliau..
Sape la kita di sisi Al-Quran jika kita tidak menyelaknya setiap hari bagi memutihkan hati kita yang semakin lama semakin hitam ini..

Ahad, Oktober 10, 2010

Sedarkah kita Syaitan Ber 'MOU' dengan Nafsu


Hakikat bahawa syaitan adalah musuh manusia memang telah diketahui umum. Semua orang mengetahui bahawa syaitan adalah musuh utama mereka. Tetapi tidak ramai mengetauhi bahawa musuh paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri. Musuh itu ialah NAFSU. Nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.

Nafsu ada dua jenis, iaitu nafsu yang baik dan jahat. Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan. Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu yang jahat. 

Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam erti kata tempat kita mengingati Allah. Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama ada secara zikir lisan atau hati. Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh jahat Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut - nafsu kita.
Lantaran perjanjian MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah. Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia. 

Syaitan yang menjadi tentera Iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Kita tidak nampak dia tetapi syaitan nampak kita. Susah bagi kita memerangi musuh yang kita tidak nampak. Syaitan ada di mana-mana. Bilangannya juga banyak. 

Bagaimana hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak. Walaupun kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan dari gangguan syaitan yang kena rejam. Syaitan takut orang yang banyak mengingat Allah.

Oleh itu, senjata ampuh untuk melawan syaitan ialah dengan cara banyakkan mengingati Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada - Nya. (~_^)

Sabtu, September 25, 2010

Kita Sebenarnya.....


Kita Sebenarnya.....


......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !


......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !


......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !


......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !


......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !


......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !


......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !


......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !


......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !


......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !


......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !


......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji Kebesaran Allah !


......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !


......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !


......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !


.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !




TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...


KITA SEBENARNYA......


lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !


Tapi, Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


Renungkanlah.........

Ahad, Ogos 22, 2010

رمضان شهر التغيير

Kajian menunjukkan faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem merujuk kepada faktor persekitaran yang merangkumi keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan, faktor agama, dan budaya.

Bulan Ramadhan pula membawa suatu suasana persekitaran yang amat unik sekali. Lihatlah, kehidupan yang berjalan sehari-hari selama 11 bulan serta-merta diadaptasikan dengan bulan Ramadhan, suatu suasana yang penuh dengan fastabiqul khairat (berlumba-lumba kepada kebaikan), dengan puasanya, amal ibadatnya, tarawikhnya, sedekahnya, dan lain-lain.
Justeru itu, bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat sesuai sekali untuk seseorang individu melakukan perubahan. Inilah masanya untuk berubah, masa untuk perbaiki hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia.

Menyentuh berkaitan hubungan dengan Allah, mari hayati firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (surah al-baqarah: 183)

Takwa dari segi bahasanya takut kepada Allah manakala dari segi istilahnya lebih luas daripada itu. Puasa itu sendiri mendidik seseorang individu agar bertakwa kepada Allah. Seseorang individu boleh sahaja makan dan minum tatkala tiada sesiapa melihatnya, tetapi kerana sifat takwalah seseorang individu itu tetap dengan puasanya.

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis qudsi, Rasulullah saw bersabda:
“Firman Allah Ta’ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, sejauh mana sifat takwa tersebut bergantung kepada bagaimana seseorang itu melaksanakan ibadah puasanya. Imam al-Ghazali, di dalam bukunya ihya al-Ulumuddin, membahagikan puasa itu kepada tiga tingkatan.

Pertama, puasa al-umum. Puasa ini tingkatan yang paling rendah, hanya sekadar menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Kedua, puasa al-khusus. Puasa ini tingkatan kedua, mereka menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Mereka menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.
Ketiga, puasa khusus al-khusus. Puasa ini tingkatan yang tertinggi, mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Hati mereka sentiasa mengingati Allah.

Hubungan dengan Allah di bulan puasa ini tidak terhad dengan puasa sahaja, malah Allah telah menjanjikan ganjaran sebagai peneguhan kepada hamba-hambaNya yang beribadat di bulan Ramadhan. Selain di sana ada satu malam yang bersamaan seribu bulan, Allah juga menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda sepanjang bulan Ramadhan.

Menyentuh pula hubungan sesama manusia, bulan Ramadhan menghidupkan suasana sosial bermasyarakat. Jika sebelum ini seseorang individu pergi dan balik kerja sehari-hari, tidak kenal jirannya sendiri, inilah masanya untuk mula menghayati tuntutan berjiran. Solat tarawikh dan moreh memberikan peluang kepada umat Islam menjalin dan mengeratkan hubungan sesama muslim terutama di kawasan kejiranan sendiri.
Di satu sudut yang lain pula, umat Islam berlumba-lumba menderma, bersedekah, dan menginfaqkan harta kepada masjid, orang-orang miskin, dan mereka yang susah. Inilah masanya untuk banyak memanjatkan kesyukuran dan menyedari di sana ada yang memerlukan.

Selain itu, mentaliti masyarakat kini akan saling bermaaf-maafan seawal sebelum tibanya Ramadhan lagi. Walaupun tiada sumber yang sahih, namun ini merupakan satu amalan yang baik. Selain dapat melapangkan dada sesama muslim, amalan ini dapat mengukuhkan lagi kehidupan bermasyarakat. Mungkin Ramadhan ini boleh menjadi titik tolak kepada kesatuan Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia.
Ramadhan akan tetap berlalu dan akhirnya pergi membawa bersama suasana unik yang hanya setahun sekali dapat dirasai. Namun, biarlah sebulan yang kita lalui ini menjadi bekalan untuk sebelas bulan yang mendatang. Biarlah Ramadhan yang akan kita rindui ini membawa kelainan dalam kehidupan seterusnya yang akan kita tempuh tanpanya.

Sementara Ramadhan masih di sini, tunggu apa lagi? Ramadhan – masa untuk berubah.


copyright by http://pembinabangi.com

Rabu, Ogos 04, 2010


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sabtu, Julai 03, 2010

SEBUAH pentas LAKONAN


Hidup kita sebagai seorang hamba kepada 'Al- Khaliq' umpama sebuah lakonan, yang mana manusia menjadi pelakonnya dan 'Allah' sebagai pengarahnya. Para pelakon akan mengikut segala arahan daripada pengarah kerana jika di set pengambaraan dia yang paling berkuasa.Begitu juga didalam set pengambaraan realiti ini,sebagai 'pelakon' seharusnya manusia mengikuti segala perintah daripada 'pengarahnya'.Tetapi apa yang berlaku sebaliknya,tidak semua “pelakon”mengikuti apa yang disuruh oleh pengarah, malah ada sesetengah “pelakon”yang melanggar setiap arahan daripada”pengarah”.

Itulah dia realiti yang berlaku kapada masyarakat di sekeliling kita.Begitu ramai manusia yang ingkar dengan perintah Allah sedangkan mereka mengetahui bahawa azab yang amat dahsyat menanti orang-orang yang ingkar dengan arahan pencipta mereka.Jadi, megapa mereka masih lagi berfoya-foya dengan dunia ini? Sifat ego berlandaskan petunjuk dari syaitan mengusai diri,lantas menjadikan manusia itu lalai dengan tanggungjawab mereka terhadap sang pencipta.

Seharusnya kita  bersyukur kerana tidak dihukum terus didunia ini seperti yang berlaku kepada umat-umat nabi yang terdahulu.Sebagai contoh dapat kita lihat balasan yang ditimpa kepada kaum nabi Luth.

Firman Allah S.W.T.”Dan (Kami telah mengutus) Luth,ketika dia berkata kepada kaumnya,”Mengapa kamu melakukan perbuatan keji,yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu(di dunia ini).Sungguh,kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan.Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya,kecuali isterinya.Dia(isterinya) termasuk orang-orang yang tertinggal. Dan Kami hujani mereka dengan hujan(batu).Maka perhatikanlah bagaimana orang yang berbuat dosa itu.
(Surah Al-A’raf ayat 80-84)

Jadi,ayuhlah semua kita  bermuhasabah dan memperbaiki diri kita lantas meningkatkan keimanan kita kepada pencipta yang Esa. Amin..

Sabtu, Jun 12, 2010

Bersyukurkah kita?


Di sini ada 1 kisah yang agak simple tp memberikan makna yang cukup mendalam. Sama2 lah kita baca dan hayatinya.

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang kerana telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

Jadi, di sini, marilah sama2 kita melihat kembali iman kita yang sentiasa turun naik. Sempurnakah Iman kita sekarang? Dapatkah kita semua mati di dalam iman jika kita sendiri tidak konsisten dalam beribadah kepada Allah? Sejauh mana pula rasa syukur kita diciptakan oleh Allah Taala sebagai seorang manusia?  Jawapannya ada pada diri masing-masing.. 
Jalan Perubahan terletak pada diri kita sendiri!!

Selasa, Jun 01, 2010

Qunut Nazilah

Bacalah doa ini selalu demi kebaikan kita bersama sebagai umat Islam dan Deen yang kita cintai ini.

اَللهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، ياَ قَهَّارُ ، ياَ جَبَّارُ ، ياَ مُنْتَقِمُ ، ياَ اللهُ ، ياَ اللهُ ، اللهُمَّ ياَ مُنْزِلَ الْكِتَابٍ ، وَياَ مُجْرِيَ السَّحَابٍ ، وَياَ هَازِمَ الْاَحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ، اَللهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي كُلِّ مَكَانٍ وَكُلِّ زَمَانٍ ، اَللهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الْمُعْتَدِيْنَ الظَّلِمِيْنَ ، وَدَمِّرْ أَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .

Sabtu, Mei 29, 2010

Save Our Palestine


Hari Nakbah di KUIS baru sahaja berlalu semalam. Ini semua telah mengingatkan kepadaku semasa zaman persekolahanku di Hira' yang penuh dengan tarbiyah lebih2 lagi c0ncern akan isu2 Palestin ini..

Bagiku isu seperti ini tidak harus untuk kita semua lakukan semasa adanya pr0gram seperti ini sahaja tapi kita haruslah senantiasa bertekad dan berazam untuk sama2 berusaha membantu sahabat2 kita di Palestin sana demi kebangkitan Islam yang kita cintai ini.

Jadi, marilah sama2 kita berazam untuk maju, maju dan maju demi kebangkitan Deenul Islam ini..

تقدم، تقدم يا غزة
فلسطين في قلبي

Akhir sekali, terimalah vide0 ini sebagai santapan kita:-
http://www.youtube.com/watch?v=Jbr8LBR5k-8

Sabtu, Mei 08, 2010

Ilmu V.S Harta




1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu dapat memelihara kita, tetapi kita pula yang memelihara harta. Jika tiada ilmu camne kita nak pelihara harta kita kan??

3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta pula ramai pula musuhnya.

4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan dipanggil dengan nama2 yang mulia, manakala orang yang berharta akan dipanggil pula dengan nama2 yang kurang elok seperti bakhil.

6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta pula perlu dipelihara daripada pencuri.

7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaa't diakhirat kelak, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula akan mengeraskan hati kita.

10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu akan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan yang berharta akan membuatkan kita jauh daripada-Nya.

Isnin, Mei 03, 2010

Diariku

Hari ini tanggal 03 Mei 2010, aku berasa sungguh gembira kerana aku akan kembali ke pangkuan tempatku ditarbiyah iaitu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Alhamdulillah, petang tadi aku membawa semua barang2 yang nak aku guna semasa berada di sana nanti.


Setelah sampai di sana dan mengangkat barang2 ke dalam bilik, alangkah terkejut aku kerana bilik yang aku jaga bersama rakan2ku sebelum ini teramatlah kotor dan meja belajarku tidak tersusun dengan rapinya. Dalam hatiku mengatakan "Ini mesti budak2 short sem punya kerja." Hatiku bertambah panas apabila aku mendapati terdapat satu tin minuman yang digunakan untuk dijadiakan sebagai bekas rokok. Tiba2, aku membebel bersendirian, "Aku dan kawan2 aku punya la jaga bilik ni, n tak pernah kitorang merokok dalam ni, korang suka2 je hisap rokok."
Perasaan marahku beransur reda apabila terdengar satu suara yang amat menyenangkan hatiku dan menyeru aku untuk bertemu dengannnya. Sungguh tenang hatiku apabila mendengar alunan azan di Masjid Al-Azhar KUIS. Aku terus aku mencapai kopiah yang berada tidak berjauhan dariku untuk dibawa ke masjid. 


Sedang dalam perjalananku ke masjid, hatiku berasa amat tidak senang dan tergerak di dalam hatiku untuk kembali ke dalam bilik untuk melihat apa yang tidak kena.. Setelah puas aku melihat keadaan sekeliling untuk beberapa saat dan ingin aku kembali mengunci pintu untuk ke masjid, hatiku masih berasa tidak senang. Aku biarkan sahaja dan buat bodoh sahaja dengan apa yang difikirkan di dalam hatiku ini dan aku tidak mahu memikirkan perkara2 yang negatif.

Semasa dalam perjalanku ke masjid teringat aku bahawa barang keperluanku yang paling penting tidakku bawa. "Aduh, laptop aku tertinggal pulak. Macam mana la boleh tinggal ni??" Aku berkata kepada diriku sendirian. Terasa diri ini seperti menyesal kerana tidak mengecheck buat kali terakhir sebelum ingin ke sini.

Diriku juga tiba2 menjadi pressure sedikit dan dalam keadaan ini juga teringat akan aku kata2 nenekku yang berada di rumah. Katanya, "Nenek taknak kamu tension2 lagi, kalau tension, istighfar banyak2" Alhamdulillah aku kuatkan semula semangatku untuk kembali tenang agar aku boleh berfikir dengan waras.

Setelah selesai Solat Maghrib, aku membuat keputusan untuk pulang semula ke rumah walaupun penat sebentar tadi masih belum hilang. Aku berkata kepada diriku " Ish, ni kena balik malam ni gak! esok nak guna laptop tu.."

Tanpa berfikir panjang, aku terus pulang ke rumah walaupun masih dalam kepenatan mengangkat barang dan mengemas bilik. Alhamdulillah sekali lagi kerana aku selamat sampai ke rumah dan familyku terpinga-pinga dengan kehadiranku di depan pintu rumah. Aku memberitahu kepada mereka sebab aku pulang ke rumah dengan tiba2 dan aku berkata kepada mereka aku akan pulang ke KUIS pada keesokan harinya pada awal pagi.

Sebelum ingin aku menunaikan Solat Isyak, aku termenung sendirian dan berfikir sejenak dan bermonolog sebentar " Aih, kenapa la semua ni terjadi kat aku??" Dalam aku berfikir, teringatv akanku kata2 yang selalu diungkapkan oleh sahabatku:-

"Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Allah S.W.T takkan menguji seseorang tu jika dia tidak mampu dan Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang Dia lakukan." ~tAmaT~

Pasti kita tertanya-tanya apa gunanya tulis benda ni!! Ada pengajaran ke?? Apa pengajaran yang kita dapat di dalam kisah ini?? :-

1. Semasa kita di dalam keadaan tekanan, ingatlah kepada Allah S.W.T, Insya Allah semua urusan kita akan dipermudahkan olehnya.

2. Solat dapat menyelesaikan masalah, sepertimana yang dapat kita ketahui di dalam kisah ini saya sebagai pelakonnya telah berjaya berfikir dengan waras apabila telah selesai menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T

3. Double check sesuatu perkara yang kita lakukan agar semua perkara yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar supaya pisang tidak berbuah dua kali. (n_n)Y

Jumaat, April 30, 2010

Cinta Manusia



Bila sebut sahaja tentang cinta, pasti ramai diantara kita yang akan definisikan cinta itu kasih sayang di antara se0rang lelaki dan perempuan. Di dunia ini ada banyak definisi cinta, ada banyak jenis cinta dan ada banyak syair cinta. Ramai 0rang seperti ahli falsafah, pujangga, sasterawan bahkan Alim Ulama’ juga menafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan Cinta itu sendiri. Insya Allah, kali ini saya nak kita semua buka mata kita, buka minda kita untuk saya membincangkan isu Cinta Manusia ini.

Bagi kita, apakah yang kita faham tentang maksud cinta itu sendiri? apakah maksud cinta yang sebenar pada hakikatnya?

Cinta itu memang bersifat fitrah(suci). Cuba la kita lihat kembali kepada sirah apabila Nabi Adam diciptakan, baginda berasa sangat sunyi. Lalu, Allah S.W.T telah menciptakan Hawa sebagai teman hidup kepada Nabi Adam. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah fitrah manusia. Tidak hairanlah jika perempuan akan minat pada seorang lelaki dan lelaki akan minat kepada se0rang perempuan.

Orang yang benar2 merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yang sudah berkahwin. Ye ke?? Kenapa ye?? kerana 0rang yang benar2 yakin dengan pilihan hatinya sahajalah baru berani untuk ke fasa pernikahan, betul tak?

Bagi mereka yang cuma pandai melafazkan kata2 cinta, dan cuma tahu ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak mempunyai perancangan untuk ke fasa pernikahan, adakah itu yang dikatakan mencintai sese0rang? atau melafazkan cinta itu dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra daripada seseorang?

Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam? kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu bahawa Nabi S.A.W juga menyararankan kepada dua orang yang sedang bercinta, maka kahwinkanlah mereka berdua.

Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat2 menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk memasuki alam pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.

Dalam kajian di atas, biasanya cinta itu terjadi bagi dua orang yang sudah mengenali hati budi masing2, mungkin sudah berkawan untuk beberapa bulan/tahun. Maka, masih relevankah alasan nak berdating untuk kenal dengan lebih rapat lagi??

Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple. Jika betul2 kita telah jatuh cinta kepada sese0rang, pergilah berjumpa dengan mak ayah si perempuan dan beritahu hajat kita supaya fitnah tidak timbul. kemudian persiapkan diri untuk pernikahan. Takkan la tak berani untuk berhadapan dengan mak ayah dia k0t?? kita jumpa anak dia dan bawa keluar ke hulu hilir tak segan pulak kan!!



Bagi mereka yang sudah terlanjur ke alam percintaan dan sukar untuk melepaskan cinta masing2, inilah petuanya:-

Cinta itu memerlukan k0mitmen

Jika kita telah jatuh cinta kepada seseorang, maka tetapkanlah hati kita, berazamlah untuk melangkah ke alam pernikahan dengan secepat yang mungkin, janganlah mudah untuk kita hanya bermulut manis menyatakan cinta kepada sese0rang karena cinta itu bersangkut-paut kepada hati dan perasaan manusia. Jika kita menaruh hati dan mencintai kekasih kita, maka cinta itu memerlukan k0mitmen. K0mitmen amat diperlukan untuk membina hubungan yang sesuai dengan tuntunan agama dan syara’. Dengan k0mitmen juga kita akan dapat mencapai matlamat iaitu pernikahan yang suci dan diredhai oleh Allah S.W.T . Tak salah pun kalau kita kahwin muda, malah amat digalakkan sekali demi menjaga keturunan, maruah, aib, fitnah dan macam2 lagi perkara.

Jadi, Jomlah kita pakat ramai2 ubah cara bercinta kita!! (n_n)

Khamis, April 29, 2010

Ketagih faceb0ok!!


Hm, sejak akhir2 ni, ramai di antara kita yang ragu2 untuk menggunakan faceb0ok. Ada yang kata haram, halal dan makruh.. tapi, apa hukum sebenar kita menggunakan faceb0ok ni??

Facebook memang sebuah fenomena tersendiri di zaman sekarang ini dan memang tidak dinafikan telah ramai yang mendaftar untuk menjadi ahli dalam Faceb0ok setiap hari. Hukum asal Facebook ini adalah sebagaimana handphone, email, blog, internet, radio, dan alat-alat teknologi lain iaitu mubah(makruh) dan dibolehkan.

Maksud di sini ialah, semuanya bergantung kepada cara penggunaan kita. Jika kita menggunakan faceb0ok ini ke arah kebaikan, sebagai c0ntoh menyampaikan ilmu2 yang bermanfaat maka ia dib0lehkan, tetapi jika kita hanya menggunakan faceb0ok ini untuk hanya bersuka-suka dan hanya untuk membuang masa sehingga kita semua leka untuk menunaikan perkara yang wajib untuk kita lakukan, maka adalah digalakkan untuk kita meninggalkannya dengan secepat mungkin.

Kepada semua warga facebook:- Ingatlah waktu2 kita! Ramai orang berjam-jam menghadap di depan facebook, sehinggakan b0leh mencecah 5 jam straight, bahkan seharian pun ada gak, namun kita tidak begini di depan Al Qur’an dan dalam majlis ilmu. Kenapa ye?? Sungguh, ini yang membuatkan umat Islam pada masa kini leka dan alpa. Oleh kerana itu, sedarlah!!
Imam Asy Syafi’e Rahimahullah pernah mengatakan:-
“Aku pernah bersama dengan seorang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua hal. Pertama, dia mengatakan bahawa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”

Seterusnya Imam Asy Syafi’e berkata lagi:-
“Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain: Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”

Ibnul Qayyim juga ada manyatakan sesuatu yang sangat menyentuh qolb(hati),
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal untuk membuat perkara sia-sia, untuk sekadar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.”

Jadi, marilah memanfaatkan facebook untuk dakwah. Inilah salah satu cara yang paling baik untuk kita semua  berdakwah. Jadilah kita sebagai orang yang bermanfaat kepada orang lain apatah lagi dalam masalah agama yang dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dari Jabir, Nabi S.A.W bersabda:-
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberikan manfaat kepada orang lain.”

Dari Abu Mas’ud Al Anshori, Nabi S.A.W bersabda:-
“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada orang lain, maka dia akan mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (H. R. Muslim)

Lihatlah, bagaimana jika tulisan kita dalam note, status, atau link di facebook dibaca oleh 5, 10, bahkan ratusan orang, lalu mereka amalkan.. Berapa banyak pahala yang kita akan dapat?? Fikir2kan lah..

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.