Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Khamis, Disember 24, 2009

Sekadar renungan bersama



Semakin banyak hari kita lalui, semakin dekat kita dengan akhirat. Ramai manusia mengejar dunia, sedangkan setiap hari ia meninggalkan dunianya. Manusia telah meninggalkan dunianya sejak dari dia dilahirkan. Kemudian, sebenarnya, umurnya tidak pernah bertambah tetapi sebenarnya semakin berkurang kerana ajal itu tetap dan tidak berubah. Adakah kita menyedari hakikat ini? Adakah kita masih dibuai bahawa kita selalunya akan pencen dan akan mati pada umur 60an? Astaghfirullah, seringkali kita terlupa bahawa dunia ini sudah membuaikan kita dari matlamat sebenar kita, yakni al jannatul firdaus.


Bertangguh dalam amal itu adalah DOSA!


Umur kita tidak pernah bertambah, maka apakah kedudukan bertangguh itu pada kita? Pembaziran adalah dosa. Masa itu adalah amanah. Mensiakan amanah adalah dosa. Semakin hari kita bertangguh, sedarlah keupayaan kita melaksanakan sesuatu itu semakin berkurang. Andainya kita menangguhkan sesuatu lantaran kerana kita tidak mahu melaksanakan perkara itu pada waktu itu, maka kita tidak akan berupaya melakukannya kerana keupayaan kita dari hari ke hari semakin berkurang sedangkan beban kerja semakin bertambah.


Wahyu al-Quran yang membimbing kita supaya tidak bertangguh dan senantiasa dibajai dzatiah membuat amal. Seringkali bukan kita baca, fainna maal 'usri yusraa? Kemudian apakah ayat terakhirnya? Faiza faraghta fansob. Kemudian apabila kamu sudah selesai melaksanakannya, maka laksanakanlah urusan yg lain pula. Maha Suci Allah, kami kembali padaMU, seringkali lidah kami gencar menuturkan ayatMU, namun sangat sedikit meresap ke dalam hati kami!


Hasbunallahu wa nikmal wakil.

Khamis, Disember 10, 2009

Free Tickets 4 All



BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi

MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah

SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.

KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya

MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
'Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun'.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Lelaki Acuan Al-Quran


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian
Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi
hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laailahaillallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya
.

Selasa, September 01, 2009

k0RekSi dIrI kiTa

Inteam feat Nazrey
Kehidupan

Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

*Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sama ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

(ulang *)

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sama ataupun sebaliknya (2x)
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan…

Nasyid ini mempunyai maksud yang mendalam dan bagi saya harus untuk kita hayatinya agar kita ingat siapakah kita yang sebenarnya di dunia ini. Nasyid ini mengingatkan kita agar sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal kita tempuhi. Sekiranya kita berada di atas,janganlah kita lupa akan mereka2 yang berada di bawah kerana tidak semestinya kita akan sentiasa berada di atas. Semasa kita berada di atas, gunakanlah segala peluang yang ada kerana takut2 kita akan terlepas peluang yang hadir di depan mata kita itu dan jika kita menyesal setelah nasi menjadi bubur memang tidak ada gunanya.

Kita mesti pernah dengar ungkapan ini “ Burung sering keluar dari sarangnya pada waktu pagi dalam keadaan perut yang kosong dan pulang ke sarangnya pada sebelah petang dalam keadaan perut yang kenyang”. Maksud di sini ialah kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan kesenangan dan disertakan sekali dengan doa kepada Allah S.W.T. Bukannya kita hanya berusaha dengn berdoa kepada Allah S.W.T sahaja tanpa usaha. Ingatlah bahawa kesenangan itu datang selepas kesusahan.

Segala ujian yang menimpa kita itu dipanggil sebagai bahan tarbiyah kita di dunia ini untuk menjadikan kita sebagai seorang muslim yang kental.Ingatlah! Kembalilah kita kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Khamis, Julai 16, 2009

Akhir-akhir ini saya sering disibukkan dengan urusan yang penting dan ada gak yg x penting..tp tu la nk edit2 blog ni bukannye kene wat camtu2 jew..kene amek mase kita gak..

Alhamdulillah skrg ni ade la mase sikit..i.allah dengan sedikit masa yg ade ni sya akn gunekan sebaik-baiknye..

kata-kata Imam Ghazali : Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!.

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan Al-Quran dan mencontohi Rasulullah S.A.W.
b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya.
c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakan hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukan sesat yg b0leh menarik perhatian pemuda spy mndekati kalian.

Jika kita lihat zaman yang penuh dengan kecanggihan ini, telah ramai yang terjerumus ke lembah yang hina.Kita nak carik pape p0n senang skrg ni.juz a few click jew dh dpt ape yg kita nk..sebab tu la berlakunya macam2 perkara yang x el0k kat bumi yang penuh barakah ni..dunia skrg penuh dgn maksiat yang melemahkn jiwa kita dan nampaknye agenda YAHUDI utk menghancurkan ISLAM telah berjaya.mana kite nk crk pengganti para sahabat?salahuddin al-ayyubi?ulama'2?hanya kite jew yg mampu utk ubahnye..

kite kan biase dgr ayat familiar ni:

Allah xkan ubah sesuatu kaum tu sehinggalah die mengubah dirinye sendiri..

Jadi,pe tunggu lagi!! i.allah same2 kite b'ubah!!
SHIFT YOUR PARADIGM NOW!!

Khamis, Mei 21, 2009

LUMRAH KEHIDUPAN DUNIAWI

Ingin saya bertanya sedikit tentang amalan-amalan kehidupan seharian kita. Adakah kita menempuh hari-hari dalam hidup kita dengan lancar atau terdapat liku halangan yang membuatkan sehingga tergugat iman kita? Sudah pasti terdapat halangan hidup di dalam dunia ini.Jadi,hayatilah lirik nasyid yang diperdendangkan oleh kumpulan tanah air kita(hijjaz) yang bertajuk fatamorgana. Selepas itu,sama2lah kita mengambil sedikit masa untuk merenung sejenak amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah S.W.T yang penuh dengan barakah ini.

HIJJAZ-FATAMORGANA
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah…..

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

(ulang rangkap 2nd)

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta,pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada tuhan cahaya kehidupan(kebenaran)
Keimanan,ketakwaan kepada-Nya
Senjata utama..
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
(Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia)2x

(ulang rangkap 1st)

Allah Ta'ala berfirman :-
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (ali-lmran: 200)

"Nescayalah Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar." (Muhammad: 31)

Kesimpulannya,kita haruslah bersabar dalam menempuh dugaan yang diberikan Allah S.W.T di dunia ini dan kuatkanlah iman kerana dengan iman yang kuat sahajalah yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. Benarlah janji Allah S.W.T itu bahawa akan ditempatkan orang2 yang soleh itu di tempat yang sewajarnya dan kepada mereka yang ingkar akan perintah-Nya ingatlah janji Allah S.W.T bahawa neraka sedang menanti mereka.

Allah Ta'ala berfirman:-
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)

Sabtu, Mei 16, 2009

~Addin Nasihah~

Addin Nasihah atau dengan erti kata lain ‘agama itu adalah nasihat’.
Jadi,di sini saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah lagi hina ingin mengambil sedikit masa untuk kita renungkan sejenak.Baca,hayatilah dan seterusnya,ambillah tindakan yang sewajarnya.insyaallah!!
Suka untuk saya membawakan satu hadis yang berkaitan dengan Addin Nasihah ini.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
-Hadis riwayat al-lmam Muslim-

Antara huraian yang terdapat dalam hadis ini :-
1. Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi mahupun ukhrawi.
2. lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.
3. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Kesimpulannya,kita sebagai manusia yang memegang amanah yang diberikan kepada kita marilah sama2 kita saling tolong-menolong satu sama lain dengan tegur-menegur sesama kita.Sanggupkah kita melihat orang yang kita sayangi diseksa di akhirat kelak dan kita turut sama masuk ke dalamnya kerana tidak menegur mereka yang melakukan kemungkaran?

Bukan tujuan saya menulis artikel ini saja2,tapi saya sebagai makhluk Allah yang memegang tanggungjawab di muka bumi Allah ini mengajak marilah sama2 kita termasuk diri saya merenung kembali dosa2 yang telah kita lakukan setelah sekian lama hidup di muka bumi Allah S.W.T yang penuh dengan barakah ini.Adakah dosa yang kita lakukan itu lebih sedikit daripada amalan kita dan sudah cukupkah amalan yang kita ada ini untuk menghadapi mati.Ingatlah rakan taulan bahawa dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup ini juga memerlukan pengorbananan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya adalah seorang manusia yang sering melakukan kesilapan dan tujuan saya melakukan ini semua bukanlah kerana ingin menuding jari ke arah sesiapa tetapi kerana risaukan masalah ummah zaman sekarang ini yang kian rancak dengan kehidupan duniawinya yang melebihi kehidupan ukhrawi dan untuk diri saya sendiri.Bacalah hadis di bawah ini dan berpeganglah kepadanya kerana saya juga berpegang kepadanya.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
-Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim-

Jika semua manusia di muka bumi Allah ini mengamalkan sikap tersebut insyaallah KHILAFAH ISLAMIAH akan dapat ditegakkan kembali sepertimana terdahulu.
TAKBIR3!!

Rabu, Mei 13, 2009

Syukur

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya terciptalah blog yang selama ini dipendam-pendamkan di dalam hati untuk membuatnya.Semoga dengan adanya blog ini dapatlah saya memanfaatkannya dengan seadanya.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan moga2 penulisan saya di dalam blog ini bermakna buat diri saya dan orang lain.Jazakallah

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.