Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Sabtu, Mei 16, 2009

~Addin Nasihah~

Addin Nasihah atau dengan erti kata lain ‘agama itu adalah nasihat’.
Jadi,di sini saya sebagai seorang hamba Allah yang lemah lagi hina ingin mengambil sedikit masa untuk kita renungkan sejenak.Baca,hayatilah dan seterusnya,ambillah tindakan yang sewajarnya.insyaallah!!
Suka untuk saya membawakan satu hadis yang berkaitan dengan Addin Nasihah ini.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
-Hadis riwayat al-lmam Muslim-

Antara huraian yang terdapat dalam hadis ini :-
1. Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi mahupun ukhrawi.
2. lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.
3. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Kesimpulannya,kita sebagai manusia yang memegang amanah yang diberikan kepada kita marilah sama2 kita saling tolong-menolong satu sama lain dengan tegur-menegur sesama kita.Sanggupkah kita melihat orang yang kita sayangi diseksa di akhirat kelak dan kita turut sama masuk ke dalamnya kerana tidak menegur mereka yang melakukan kemungkaran?

Bukan tujuan saya menulis artikel ini saja2,tapi saya sebagai makhluk Allah yang memegang tanggungjawab di muka bumi Allah ini mengajak marilah sama2 kita termasuk diri saya merenung kembali dosa2 yang telah kita lakukan setelah sekian lama hidup di muka bumi Allah S.W.T yang penuh dengan barakah ini.Adakah dosa yang kita lakukan itu lebih sedikit daripada amalan kita dan sudah cukupkah amalan yang kita ada ini untuk menghadapi mati.Ingatlah rakan taulan bahawa dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup ini juga memerlukan pengorbananan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa saya adalah seorang manusia yang sering melakukan kesilapan dan tujuan saya melakukan ini semua bukanlah kerana ingin menuding jari ke arah sesiapa tetapi kerana risaukan masalah ummah zaman sekarang ini yang kian rancak dengan kehidupan duniawinya yang melebihi kehidupan ukhrawi dan untuk diri saya sendiri.Bacalah hadis di bawah ini dan berpeganglah kepadanya kerana saya juga berpegang kepadanya.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
-Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim-

Jika semua manusia di muka bumi Allah ini mengamalkan sikap tersebut insyaallah KHILAFAH ISLAMIAH akan dapat ditegakkan kembali sepertimana terdahulu.
TAKBIR3!!

Tiada ulasan:

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.