
Saya baru sahaja pulang dari Kedah Darul Aman atau lebih dikenali sebagai negeri jelapang padi. Di sana, banyak tempat yang kami lawati. Antaranya ialah
1. Hospital Besar Sultnah Bahiyah
2. Rumah Saudara baru,Jitra
3. Perkim Universiti Utara Malaysia(UUM)
4. Perkim cawangan Kedah
5. Rumah Anak Yatim Darul Aitam Walmasakin, Alor Setar
Saya bersama ahli Kelab Perkim KUIS bertungkus-lumus untuk memberikan pengajaran yang terbaik kepada para muallaf di Rumah Saudara baru,Jitra ini supaya dakwah dan objektif yang disarankan dalam Islam tercapai walaupun tidak sepenuhnya dapat dilaksanakan kerana kekangan masa yang diberikan kepada kami.Di dalam Al-Quran ada menyebut :-
Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
(Ali Imran : 20)
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(An Nahl : 125)
Bile sebut je perkataan DAKWAH semua nak cabut lari..Kenapa??
Kita tau siapa kita dan kita tau kemampuan diri kita sendiri akan tetapi tidak salah untuk kita berkongsi ilmu kepada mereka yang memerlukannya. Tabligh selalu menyebut perkataan ni :-
Ballighu 'Anni Walau Aayah
(ajarkanlah kepadaku walau sepotong ayat)
Jadi, kita sebagai umat Islam yang sayangkan agama kita haruslah memainkan peranan agar deen yang kita cintai ini terbela. Sama2lah kita fikir apa tindakan kita selepas ini..
إجلس بنا نؤمن ساعة
(Marilah kita duduk sebentar untuk beriman sejenak)