
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Iaitu) orang-orang yang mendirikan s0lat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia."
(Al-Anfal : 2-4)
Begitulah kehidupan kita di dunia ini yang penuh dengan pancaroba, dugaan dan godaan yang senantiasa menggolakkan iman kita. Kita seringkali leka dan alpa dengan nikmat yang melimpah ruah di dunia ini tetapi bagaimana hubungan kita bersama Allah S.W.T?? Apabila susah kita pasti akan mencari-Nya, akan tetapi bila kita senang, adakah kita memberikan ruangan masa kita untuk menghadap, beribadah kepada-Nya?? Memang tidak dinafikan manusia di dunia ini ramai yang telah tersedar akan perbuatan lampau yang telah mereka lakukan, tetapi lebih ramai mereka2 yang mempunyai kesedaran tetapi tidak mengambil tindakan. Mereka hanya tersedar dalam mimpi mereka untuk seketika dan menyambung tidur kembali kerana terdapat sifat buruk yang paling besar di dalam dunia ini iaitu MALAS..
Amat mudah unuk kita menyebut perkataan MALAS ini berbanding perkataan RAJIN. Ntah kenapa ramai manusia yang mempunyai sikap ini sedangkan kita semua tahu sifat ini akan menghancurkan impian kita daripada cerah kepada malap dan kemudian gelap.
Jadi,ayuhlah sahabat-sahabat semua untuk kita bergerak maju ke hadapan dan mengubah sikap kita yang amat sukar untuk dibendung ini. Insya Allah dengan azam dan usaha kita, Allah S.W.T akan memberikan sesuatu yang setimpal dengan usaha kita ni."faiza 'azzamta fatawakkal 'alallah."
Let's change our attitude!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan