Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Sabtu, April 10, 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa kita disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman :

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18).

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Ni nak cerita siket la..

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah"

jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah!! Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Selasa, April 06, 2010

Ruhul Jadid

Dalam perjalanan yang panjang ini, kita sememangnya memerlukan bekal bagi membolehkan kita mengharungi arus duniawi dengan selamat dan sentiasa berada di landasan yang benar. Bekalan tersebut ialah sikap lapang dada, bernafas panjang dan mudah memaafkan. Inilah yang telah membolehkan orang-orang soleh terdahulu berjuang walaupun dalam suasana getir dalam melaksanakan ketaatan. Inilah yang menjadi bekal Rasulullah tatkala berhadapan dengan penghinaan dan cacian masyarakat sekeliling ketika mana baginda melaksanakan misi kenabian.
Cuba kita semua hayati lirik nasyid yang dip0pularkan oleh Shotul Harakah ini :-

Ruhul Jadid

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Jadi??apa lagi yg diperlukan oleh kita semua??
Tiada apa lagi melainkan kita menganggap Allah matlamat kita, Rasulullah S.A.W r0le m0del kita, Al-Quran ped0man kita dan Jihad halatuju kita..

Marilah sama2 kita terus maju..maju..dan terus maju utk mungubah diri kita dan berazam utk mengubah sekalian ummat..

Tetapi,sblm itu harus diingatkan bahawa kita sekarang bukannya tidak sedar akan apa yang kita lakukan di dunia ini..kebanyakan diantara kita sedar tetapi tiada TINDAKAN yg diambil..fikir2knlah!!

Sabtu, Mac 13, 2010

Ali Imran : 139

Umat Islam pada masa kini berada di zaman fitnah di mana keselamatan hidup manusia tergugat oleh kezaliman yang berlaku di sana sini, diancam oleh musuh2 tradisi Islam yang datang dari setiap arah dan dengan berbagai-bagai bentuk dan rupa.
Sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah, tidak ada jalan lain untuk mengembalikan kekuatan untuk mengembalikan kekuatan selain kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya dengan rela hati dan penuh ketaatan. Umat Islam pada hari ini tewas adalah disebabkan imannya yang lemah.

Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu orang-orang yang beriman.
Ali Imran :139

Jika dulu Islam pernah menyelamatkan umat manusia yang hampir musnah dengan membawa mereka kepada jalan hidayah, maka kini Islam juga mampu menyelamatkan umatnya daripada musibah yang menimpa kita hari ni. Kita mempunyai ramuan yang cukup iaitu Al-Quran dan Sunnah untuk membina kekuatan dan menyusun masa depan kita.
Justeru itu, ayuh sahabat2 kita menyeru kepada sahabat2 lain serta seluruh umat Islam untuk membaiki diri untuk terus maju ke hadapan agar musuh2 Islam dapat kita tewaskan suatu hari kelak..Insya Allah!!

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.