Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Rabu, April 27, 2011

JIKA AKU JATUH CINTA


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syhid dijalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu
Amin Ya Rabbal a’lamin…………….

Isnin, April 18, 2011

aKu...

fuh fuh fuh....
da lama gak la tak bukak benda ni..
Maklum la sibuk dengan macam2 urusan dunia..
Alhamdulillah skrg ni ada gak la masa siket untuk kita sama2 kongsi ilmu yang ada ni..
Kali ni saya nak k0ngsi siket la ilmu yang ada, bakat yang ada ni utk kita semua..
j0m, sama2 kita layaaannn......







Aku bukan pahlawan
hanya membantu ketika ada kesempatan
aku bukan yang paling baik
hanya berusaha untuk menjadi lebih baik dan terus baik

aku bukan tanpa dosa
hanya senantiasa berusaha menjauhi laranganNya
aku bukan tidak suci
hanya sekuat tenaga menjalankan perintahNya

aku bukan yang paling kuat
 
hanya memaksimalkan potensi, agar tak ada yang terlewat
aku bukan yang paling benar
hanya menguji dan mengoreksi apa yang ku yakini benar

aku bukan satu-satunya
 
hanyalah bahagian kecil dari UmatNya
aku bukan yang terhormat
hanya berusaha menjaga dan menambah tali silaturrahim di setiap saat

aku bukan yang sempurna
 
hanya mensyukuri potensi sempurna dariNya
aku bukan yang terpilih
hanya menjaga amanah, agar kelak mampu mempertanggungjawabkan di hadapanNya

sekali lagi ...
 
aku bukan yang layak dipandang tinggi
aku bukan yang layak memaksakan kehendak diri
aku bukan yang layak dipuji
aku bukan yang layak menghakimi

aku ...
 
Manusia tercipta tuk beribadah
Ibadah dengan berbahagi bersama UmatNya
Ibadah dengan menggali manfaat dan menyebarkannya
Ibadah dengan hanya menyembahNya dan Hanya keranaNya
dari yang sederhana, dari apa yang mampu
aku..., hanyalah manusia biasa 

Sabtu, Februari 05, 2011

KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!

SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan melakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian. Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain.

Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang Maha Kuasa. Menghindari tu kan lebih baik daripada mencegah.
Saidina Umar berkata:
“Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.”





Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.”

Pertama - hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia dibangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang dibenarkan. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kalau boleh semua la kita nak ikut, semua la kita nak buat!!

Remaja yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, mahu senang tanpa usaha, berhibur tanpa batasan dan akhirnya nafsu menjadi Tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan.

Pada masa itu pekak telinganya, buta matanya dan akhir sekali terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan umatnya dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pen dengaran dan hatinya.”

Ini yang dibimbangkan terhadap diri kita sendiri, belajar di universiti, ilmu banyak, ijazah tinggi, jawatan serta gaji lumayan tetapi menjadi ‘pak turut’ kepada hawa nafsu jahat. Kebanyakan golongan seperti kita ni ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai kesalahan jenayah.

Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah bungkusan azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu yang menggila dan senantiasa bergelocak. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan.
Kedua - sifat yang rosak ialah kedekut. Terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya.

Ada sesetengah remaja menghambur duit di tempat perjudian, untuk minuman keras dan melayan teman wanita yang luar biasa idaman kebendaannya. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan juga dibiarkan.

Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga. Program kebaikan dan bermanfaat di kampus, surau serta masjid kadang2/selalunya tidak mendapat sokongan memberangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert dan hiburan, pergh tak payah jemput la confirm sanggup buat apa saja untuk menikmatinya kan?

Pemuda seperti kita ini yang akan mewarisi negara perlu belajar menjadi pemurah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kepada kebaikan.

Ketiga - sifat membanggakan diri. Ianya merosak diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya berasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu di tandingi oleh orang lain.

Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menunding jari ke arah orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang jelek, memang busuk, memang hampeh la.

Teringat pulak pada lirik nasyid Bicara Kata yang dinyanyikan oleh In Team ni.. ~layan.......~

Sabtu, Januari 01, 2011

Lu Pikir La Sendiri!!


Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati sekiranya ada orang memujinya seperti, "Awak ni, baiklah" dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah musuhnya.

Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah dan leka dengan pujian dan sanjungan sedangkan itu semua merupakan satu jalan yang memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah S.W.T. Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain. Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini menilik kelemahan orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa dan noda. Alangkah tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa- rupanya sifat sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya.

Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang telah dilakukan sekian lama seperti sembahyang, puasa, sedekah, menutup aurat dan sebagainya ialah dengan memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan maksiat, sering merasakan ia melakukan kesilapan dan kesalahan samada sesama makhluk mahupun dengan Allah. Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri (muhasabah diri), itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, yang kasihkan Rasulullah, yang rindukan syurga Allah dan yang gerunkan Neraka Allah S.W.T.

Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang yang mengaku dirinya sudah baik tetapi jadilah orang yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang mungkin, selalulah merasakan diri tidak baik lagi dan paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika dibandingkan dengan orang lain. Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah S.W.T dari satu waktu ke satu waktu, muhasabah diri adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan penting sekali. Kita sepatutnya seringkali mengukur sejauh mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah dan dosa apakah yang kerapkali kita lakukan terhadap-Nya.

Bagi hamba Allah yang benar-benar waras fikirannya ia jarang sekali menyalahkan orang lain sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar- benar bersalah ia akan bertaubat dan membuat perubahan diri, sekiranya ia tidak bersalah ia berlapang dada dan berkata kepada hati kecilnya, "Tak apalah, ini ujian untukku dan mungkin ini suatu penghapusan dosa buatku." Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, ia tidak mahu mengakui bahawa dirinya bersalah dan ia tetap mempertahankan bahawa dirinya tidak pernah menyakiti hati orang lain. Ingatlah, hati yang tidak baik akan melahirkan kelakuan yang buruk, ianya akan menjadi racun dalam hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat.

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, " Dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu." Yakinlah bagaimana pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laun Allah akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya. Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan yang suci hatinya selagi ia:

1. Tidak mentaati perintah Allah denagn bersungguh-sungguh.
2. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah.
3. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
4. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong. Jagalah lidah kita daripada mengeluarkan tuturkata yang dapat mencacatkan persahabatan dan tali persaudaraan. Jagailah tuturkata agar ianya tidak melukai hati orang lain. Ingatlah ; tutur kata yang mengandungi racun yang berbisa seperti melemparkan fitnah, memperli dan menyindir orang lain, mencari-cari kesilapan orang lain untuk dijadikan bahan yang membolehkan dirinya dapat mengambil keuntungan dan publisiti di dalamnya, mestilah dijauhi.

Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang berbuat jahat maka kejahatannya itu untuk dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai hambanya.; Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak. ".

~sEBagaI peRiNgataN uNtUk kIta beRsaMa~

Sabtu, Disember 11, 2010

Cinta Oh Cinta..

Terimalah sedikit perkongsian yang saya ambil dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ni buat kita semua..

KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.

Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya “get the same channel.”


Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat.
Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat.


Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.


Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “LOVE” membawa makna L = “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.


Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.
Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.


O = maknanya “obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.


V = ialah “victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.


Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan.


Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.


E = ialah “enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.
Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.


Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.


Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah perangai Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.


Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.

Sabtu, November 06, 2010

Orang Kata...... Tapi......

Di kala hidup ini, pasti kita telah mengharungi pelbagai godaan, dugaan, masalah problem dan pasti telah banyak yang telah kita pelajari..
Tapi adakah kita sedar apa yang sebenarnya telah kita lakukan? Adakah Iman kita sudah mencapai tahap Iman seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, As-Syahid Salahuddin Al-Ayyubi, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna etc. ?
Pasti sukar untuk kita semua mencapai ke tahap itu kerana fikiran kita telah dipengaruhi oleh Yahudi Laknatullah yang sebenarnya musuh Islam di dalam diam mahupun secara terang-terangan umpama nyamuk yang bersembunyi di dalam bilik dan bersedia untuk menyerang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.
Namun begitu, janganlah kita bersikap acuh tak acuh kerana Allah S.W.T itu Maha Adil. Ye, mungkin kita memang sukar untuk mencapai ke tahap sebegitu tp jika kita berusaha dgn b’sungguh2 untuk mencapai ke tahap itu Masya Allah sungguh tinggi nilainya dan amatlah bermakna bagi meraka yang mengejar untuk mendapatkan Halawatul Iman itu sendiri..
Marilah kita ambil masa yang sedikit ini untuk kita berfikir sejenak apakah sumbangan kita di dunia ini? Adakah sudah cukup bekalan kita untuk menghadapi Dunia Baru andai nikmat dunia kita ditarik suatu hari nanti?

ORANG KATA ..... kita kena la enjoy sementara masih muda ni, hidup panjang lagi,dah tua nanti taubat lah.

MURABBIKU KATA ..... orang muda hidup memang baru
bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
sacrifice, constant study la.... past year papers la..
etc .. etc .. etc ..

MURABBIKU KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
Mizan, tayangan slide ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara, berparty lah
sepanjang malam, make it a memorable one!!

MURABBIKU KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
baru hati puas!

MURABBIKU KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
nak 'book' tempat Jannatul Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a
good time management, ada bisnes di KL, New
York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
2-3, baru orang boleh respect!

MURABBIKU KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

Hm, sape la kita d sisi Allah jika tidak menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya..
Sape la kita di sisi Malaikat jika tidak berbuat amal kebaikan..
Sape la kita di sisi Rasulullah S.A.W jika tidak menyambung dakwah yang diamanahkan oleh beliau..
Sape la kita di sisi Al-Quran jika kita tidak menyelaknya setiap hari bagi memutihkan hati kita yang semakin lama semakin hitam ini..

Ahad, Oktober 10, 2010

Sedarkah kita Syaitan Ber 'MOU' dengan Nafsu


Hakikat bahawa syaitan adalah musuh manusia memang telah diketahui umum. Semua orang mengetahui bahawa syaitan adalah musuh utama mereka. Tetapi tidak ramai mengetauhi bahawa musuh paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri. Musuh itu ialah NAFSU. Nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.

Nafsu ada dua jenis, iaitu nafsu yang baik dan jahat. Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan. Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu yang jahat. 

Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam erti kata tempat kita mengingati Allah. Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama ada secara zikir lisan atau hati. Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh jahat Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut - nafsu kita.
Lantaran perjanjian MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah. Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia. 

Syaitan yang menjadi tentera Iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Kita tidak nampak dia tetapi syaitan nampak kita. Susah bagi kita memerangi musuh yang kita tidak nampak. Syaitan ada di mana-mana. Bilangannya juga banyak. 

Bagaimana hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak. Walaupun kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan dari gangguan syaitan yang kena rejam. Syaitan takut orang yang banyak mengingat Allah.

Oleh itu, senjata ampuh untuk melawan syaitan ialah dengan cara banyakkan mengingati Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada - Nya. (~_^)

Sabtu, September 25, 2010

Kita Sebenarnya.....


Kita Sebenarnya.....


......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !


......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !


......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !


......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !


......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !


......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !


......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !


......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !


......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !


......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !


......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !


......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji Kebesaran Allah !


......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !


......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !


......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !


.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !




TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...


KITA SEBENARNYA......


lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !


Tapi, Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


Renungkanlah.........

Ahad, Ogos 22, 2010

رمضان شهر التغيير

Kajian menunjukkan faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem merujuk kepada faktor persekitaran yang merangkumi keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan, faktor agama, dan budaya.

Bulan Ramadhan pula membawa suatu suasana persekitaran yang amat unik sekali. Lihatlah, kehidupan yang berjalan sehari-hari selama 11 bulan serta-merta diadaptasikan dengan bulan Ramadhan, suatu suasana yang penuh dengan fastabiqul khairat (berlumba-lumba kepada kebaikan), dengan puasanya, amal ibadatnya, tarawikhnya, sedekahnya, dan lain-lain.
Justeru itu, bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat sesuai sekali untuk seseorang individu melakukan perubahan. Inilah masanya untuk berubah, masa untuk perbaiki hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia.

Menyentuh berkaitan hubungan dengan Allah, mari hayati firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (surah al-baqarah: 183)

Takwa dari segi bahasanya takut kepada Allah manakala dari segi istilahnya lebih luas daripada itu. Puasa itu sendiri mendidik seseorang individu agar bertakwa kepada Allah. Seseorang individu boleh sahaja makan dan minum tatkala tiada sesiapa melihatnya, tetapi kerana sifat takwalah seseorang individu itu tetap dengan puasanya.

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis qudsi, Rasulullah saw bersabda:
“Firman Allah Ta’ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, sejauh mana sifat takwa tersebut bergantung kepada bagaimana seseorang itu melaksanakan ibadah puasanya. Imam al-Ghazali, di dalam bukunya ihya al-Ulumuddin, membahagikan puasa itu kepada tiga tingkatan.

Pertama, puasa al-umum. Puasa ini tingkatan yang paling rendah, hanya sekadar menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Kedua, puasa al-khusus. Puasa ini tingkatan kedua, mereka menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Mereka menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.
Ketiga, puasa khusus al-khusus. Puasa ini tingkatan yang tertinggi, mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Hati mereka sentiasa mengingati Allah.

Hubungan dengan Allah di bulan puasa ini tidak terhad dengan puasa sahaja, malah Allah telah menjanjikan ganjaran sebagai peneguhan kepada hamba-hambaNya yang beribadat di bulan Ramadhan. Selain di sana ada satu malam yang bersamaan seribu bulan, Allah juga menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda sepanjang bulan Ramadhan.

Menyentuh pula hubungan sesama manusia, bulan Ramadhan menghidupkan suasana sosial bermasyarakat. Jika sebelum ini seseorang individu pergi dan balik kerja sehari-hari, tidak kenal jirannya sendiri, inilah masanya untuk mula menghayati tuntutan berjiran. Solat tarawikh dan moreh memberikan peluang kepada umat Islam menjalin dan mengeratkan hubungan sesama muslim terutama di kawasan kejiranan sendiri.
Di satu sudut yang lain pula, umat Islam berlumba-lumba menderma, bersedekah, dan menginfaqkan harta kepada masjid, orang-orang miskin, dan mereka yang susah. Inilah masanya untuk banyak memanjatkan kesyukuran dan menyedari di sana ada yang memerlukan.

Selain itu, mentaliti masyarakat kini akan saling bermaaf-maafan seawal sebelum tibanya Ramadhan lagi. Walaupun tiada sumber yang sahih, namun ini merupakan satu amalan yang baik. Selain dapat melapangkan dada sesama muslim, amalan ini dapat mengukuhkan lagi kehidupan bermasyarakat. Mungkin Ramadhan ini boleh menjadi titik tolak kepada kesatuan Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia.
Ramadhan akan tetap berlalu dan akhirnya pergi membawa bersama suasana unik yang hanya setahun sekali dapat dirasai. Namun, biarlah sebulan yang kita lalui ini menjadi bekalan untuk sebelas bulan yang mendatang. Biarlah Ramadhan yang akan kita rindui ini membawa kelainan dalam kehidupan seterusnya yang akan kita tempuh tanpanya.

Sementara Ramadhan masih di sini, tunggu apa lagi? Ramadhan – masa untuk berubah.


copyright by http://pembinabangi.com

Rabu, Ogos 04, 2010


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sabtu, Julai 03, 2010

SEBUAH pentas LAKONAN


Hidup kita sebagai seorang hamba kepada 'Al- Khaliq' umpama sebuah lakonan, yang mana manusia menjadi pelakonnya dan 'Allah' sebagai pengarahnya. Para pelakon akan mengikut segala arahan daripada pengarah kerana jika di set pengambaraan dia yang paling berkuasa.Begitu juga didalam set pengambaraan realiti ini,sebagai 'pelakon' seharusnya manusia mengikuti segala perintah daripada 'pengarahnya'.Tetapi apa yang berlaku sebaliknya,tidak semua “pelakon”mengikuti apa yang disuruh oleh pengarah, malah ada sesetengah “pelakon”yang melanggar setiap arahan daripada”pengarah”.

Itulah dia realiti yang berlaku kapada masyarakat di sekeliling kita.Begitu ramai manusia yang ingkar dengan perintah Allah sedangkan mereka mengetahui bahawa azab yang amat dahsyat menanti orang-orang yang ingkar dengan arahan pencipta mereka.Jadi, megapa mereka masih lagi berfoya-foya dengan dunia ini? Sifat ego berlandaskan petunjuk dari syaitan mengusai diri,lantas menjadikan manusia itu lalai dengan tanggungjawab mereka terhadap sang pencipta.

Seharusnya kita  bersyukur kerana tidak dihukum terus didunia ini seperti yang berlaku kepada umat-umat nabi yang terdahulu.Sebagai contoh dapat kita lihat balasan yang ditimpa kepada kaum nabi Luth.

Firman Allah S.W.T.”Dan (Kami telah mengutus) Luth,ketika dia berkata kepada kaumnya,”Mengapa kamu melakukan perbuatan keji,yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu(di dunia ini).Sungguh,kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan.Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya,kecuali isterinya.Dia(isterinya) termasuk orang-orang yang tertinggal. Dan Kami hujani mereka dengan hujan(batu).Maka perhatikanlah bagaimana orang yang berbuat dosa itu.
(Surah Al-A’raf ayat 80-84)

Jadi,ayuhlah semua kita  bermuhasabah dan memperbaiki diri kita lantas meningkatkan keimanan kita kepada pencipta yang Esa. Amin..

Sabtu, Jun 12, 2010

Bersyukurkah kita?


Di sini ada 1 kisah yang agak simple tp memberikan makna yang cukup mendalam. Sama2 lah kita baca dan hayatinya.

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang kerana telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

Jadi, di sini, marilah sama2 kita melihat kembali iman kita yang sentiasa turun naik. Sempurnakah Iman kita sekarang? Dapatkah kita semua mati di dalam iman jika kita sendiri tidak konsisten dalam beribadah kepada Allah? Sejauh mana pula rasa syukur kita diciptakan oleh Allah Taala sebagai seorang manusia?  Jawapannya ada pada diri masing-masing.. 
Jalan Perubahan terletak pada diri kita sendiri!!

Selasa, Jun 01, 2010

Qunut Nazilah

Bacalah doa ini selalu demi kebaikan kita bersama sebagai umat Islam dan Deen yang kita cintai ini.

اَللهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، ياَ قَهَّارُ ، ياَ جَبَّارُ ، ياَ مُنْتَقِمُ ، ياَ اللهُ ، ياَ اللهُ ، اللهُمَّ ياَ مُنْزِلَ الْكِتَابٍ ، وَياَ مُجْرِيَ السَّحَابٍ ، وَياَ هَازِمَ الْاَحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ، اَللهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي كُلِّ مَكَانٍ وَكُلِّ زَمَانٍ ، اَللهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الْمُعْتَدِيْنَ الظَّلِمِيْنَ ، وَدَمِّرْ أَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .

Sabtu, Mei 29, 2010

Save Our Palestine


Hari Nakbah di KUIS baru sahaja berlalu semalam. Ini semua telah mengingatkan kepadaku semasa zaman persekolahanku di Hira' yang penuh dengan tarbiyah lebih2 lagi c0ncern akan isu2 Palestin ini..

Bagiku isu seperti ini tidak harus untuk kita semua lakukan semasa adanya pr0gram seperti ini sahaja tapi kita haruslah senantiasa bertekad dan berazam untuk sama2 berusaha membantu sahabat2 kita di Palestin sana demi kebangkitan Islam yang kita cintai ini.

Jadi, marilah sama2 kita berazam untuk maju, maju dan maju demi kebangkitan Deenul Islam ini..

تقدم، تقدم يا غزة
فلسطين في قلبي

Akhir sekali, terimalah vide0 ini sebagai santapan kita:-
http://www.youtube.com/watch?v=Jbr8LBR5k-8

Sabtu, Mei 08, 2010

Ilmu V.S Harta




1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu dapat memelihara kita, tetapi kita pula yang memelihara harta. Jika tiada ilmu camne kita nak pelihara harta kita kan??

3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta pula ramai pula musuhnya.

4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan dipanggil dengan nama2 yang mulia, manakala orang yang berharta akan dipanggil pula dengan nama2 yang kurang elok seperti bakhil.

6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta pula perlu dipelihara daripada pencuri.

7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaa't diakhirat kelak, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula akan mengeraskan hati kita.

10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu akan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan yang berharta akan membuatkan kita jauh daripada-Nya.

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.