Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Selasa, April 27, 2010

Cabaran Tesis Buatku

"Unsur-unsur Fiqh Dalam Silibus Usrah di KUIS dan Matrikulasi UIA : Satu Kajian Perbandingan"

Itulah tajuk yang telah diberikan kepada saya untuk membuat Latihan Ilmiah @ lebih dikenali sebagai Tesis bagi Jabatan Syariah di KUIS ini. Agak terkilan juga kerana tajuk yang diutarakan tidak dapat diterima oleh pihak atasan. Pada mulanya tajuk yang ingin saya lakukan ialah Usrah Satu Keperluan Atau Sekadar Syarat Untuk Bergraduasi: Satu kajian di KUIS. Tetapi, apakan daya kerana tajuk yang diutarakan ini lebih ke arah Jabatan Dakwah dan Pengurusan.


Bagi pelajar lain, ramai yang tidak berpuas hati dengan tajuk yang mereka dapat. Tetapi, bagi saya tajuk yang diberikan ini juga agak menarik dan mencabar kerana bukan sahaja saya kena kaji di dalam kampus KUIS sahaja malahan pula di Matrikulasi UIA. Agak berat juga untuk saya menerima pada awalnya, seterusnya mengupas apakah Unsur2 Fiqh yang terdapat di dalam silibus Usrah di Kampus KUIS dan Matrikulasi UIA. Tetapi dengan berkat doa dan solat sunat yang telah saya lakukan, Insya Allah dengan izin Allah S.W.T akan saya galas tanggungjawab ini untuk mengupas apakah rahsia yang terdapat di sebalik tajuk yang tersirat ini.

"Pasti ada himah yang terjadi di sebalik kejadian yang berlaku dan Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua"

Dengan berpegang kepada ayat ini dan berbekalkan keazaman serta doa yang tidak putus2, saya sahut cabaran untuk meneruskan juga tajuk yang diberikan ini. Seperti Firman Allah S.W.T :-


فإذا عزمت فتوكّل عل الله إن الله يحب المتوكّلين


Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran : 159)





Setelah pening memikirkan apakah yang ingin dikupaskan di dalam tajuk ini, saya bertanya kepada banyak pendapat ramai orang dan ramai diantara mereka yang memberikan jawapan yang masih tidak memuaskn hati saya. Saya memulakan langkah dengan mencari buku2 yang berkaitan dengan usrah. apa itu usrah; bagaimanakah usrah cara Rasulullah; apakah pengisian semasa membuat usrah; dan banyak lagi. Pencarian saya bermula ketika di Pesta Buku Antarabangsa K.L yang baru sahaja habis pada 29 Mac 2010 yang lepas. Memang mencabar dalam mencari buku2 yang berkaitan dengannya. Tetapi, benarlah kata orang2 tua dahulu :-

"usaha tangga kejayaan"

Hasilnya, Alhamdulillah banyak juga bahan rujukan yang saya dapat di Pesta Buku Antarabangsa K.L 2010 ini. Tidak sabar pun timbul di dalam benak hati untuk memulakan penulisan ini.


Jadi, dengan itu saya mulakan langkah penulisan ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim dan semoga apa yang dikehendaki dapat dilaksanakan dengan penuh sempurna. Insya Allah

Isnin, April 26, 2010

Bersabarlah Wahai Insan



Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu,

Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu,

Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH S.W.T dalam apa jua keadaan pun.. kerana kasih sayang ALLAH S.W.T itu mendahului kemurkaan-Nya.

Ahad, April 25, 2010

Salah Siapa???



Di saat saya gembira mendengar saudara saya mendapat anak pertamanya setelah genap setahun berkahwin, sebak di hati saya mendengar berita di media cetak mahupun media elektronik.. Ramai para remaja zaman sekarang yang tidak tahu malu dengan tindakan yang mereka lakukan setelah berseronok seketika dengan nikmat duniawi yang mereka anggap perkara biasa.. Untuk apa mereka lakukan ini semua??
kata mereka :-
U sayang I kan?? Marilah kita buktikan cinta kita yang sejati ini..

Semua wanita hanyut dengan kata2 manis daripada lelaki yang mereka anggap her0!! tapi pada hakikatnya... Para lelaki ini menganggap wanita2 seperti ini hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu syahwat mereka. Tapi, bila dah bunting perut, siapa yang hendak dipersalahkan?? mulalah aksi tuduh-menuduh, benci-membenci, dtinggalkan Lelaki yang dianggap her0 kerana takut untuk menanggung malu.. siapa yang perlu disalahkan?? family?? rakan?? diri sendiri??
Firman Allah S.W.T:-
ولا تقربواالزنى إنه كان فحشة وسآء سبيلا
Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Israa' : 32)

Kita sebagai manusia tidak lari dari sifat yang berkehendak untuk berk0munikasi dengan wanita dan begitu juga sebaliknya.. Islam tidak menggariskan haram untuk kita bers0sial.. Tapi, 0rang pada masa kini telah menyalahgunakan pemberian nikmat yang diberikan ini.. Kita seharusnya menjaga adab2 ketika bergaul supaya fitnah dapat kita hindari..

Alangkah sedihnya hidup di dunia yg penuh dengan pancaroba ini.. Isu ini pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu, dan kembali senyap seketika, tetapi kini semakin menjadi-jadi. Dengan kejadian semakin banyaknya penemuan bayi tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah. Ke manakah ibu bapa kepada bayi yang tidak berd0sa ini?? Sudahlah melakukan zina, ditambah pula membuang bayi sehingga mati dan dibiarkan begitu sahaja.. Golongan seperti ini nyata sudah jauh terpes0ng daripada akidah Islam dan untuk mendapat bauan Syurga apatah lagi, melainkan jika bertaubat kepada Allah S.W.T.. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi maha penyayang..
Firmannya :-
الحمدلله رب العلمين . الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(Al-Fatihah : 2-3)

Marilah sama2 kita fikirkan cara untuk mengatasinya, seterusnya mengambil tindakan agar perkara sebegini dapat dikurangkan seterusnya dibendung supaya keturunan kita semua terjaga dan dapat kita perangi musuh2 Allah yang sedang bers0rak kegembiraan kerana berjaya melemahkan Umat Islam dengan agenda yang mereka lakukan di atas muka bumi ini..

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.