Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Ahad, April 25, 2010

Salah Siapa???



Di saat saya gembira mendengar saudara saya mendapat anak pertamanya setelah genap setahun berkahwin, sebak di hati saya mendengar berita di media cetak mahupun media elektronik.. Ramai para remaja zaman sekarang yang tidak tahu malu dengan tindakan yang mereka lakukan setelah berseronok seketika dengan nikmat duniawi yang mereka anggap perkara biasa.. Untuk apa mereka lakukan ini semua??
kata mereka :-
U sayang I kan?? Marilah kita buktikan cinta kita yang sejati ini..

Semua wanita hanyut dengan kata2 manis daripada lelaki yang mereka anggap her0!! tapi pada hakikatnya... Para lelaki ini menganggap wanita2 seperti ini hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu syahwat mereka. Tapi, bila dah bunting perut, siapa yang hendak dipersalahkan?? mulalah aksi tuduh-menuduh, benci-membenci, dtinggalkan Lelaki yang dianggap her0 kerana takut untuk menanggung malu.. siapa yang perlu disalahkan?? family?? rakan?? diri sendiri??
Firman Allah S.W.T:-
ولا تقربواالزنى إنه كان فحشة وسآء سبيلا
Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Israa' : 32)

Kita sebagai manusia tidak lari dari sifat yang berkehendak untuk berk0munikasi dengan wanita dan begitu juga sebaliknya.. Islam tidak menggariskan haram untuk kita bers0sial.. Tapi, 0rang pada masa kini telah menyalahgunakan pemberian nikmat yang diberikan ini.. Kita seharusnya menjaga adab2 ketika bergaul supaya fitnah dapat kita hindari..

Alangkah sedihnya hidup di dunia yg penuh dengan pancaroba ini.. Isu ini pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu, dan kembali senyap seketika, tetapi kini semakin menjadi-jadi. Dengan kejadian semakin banyaknya penemuan bayi tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah. Ke manakah ibu bapa kepada bayi yang tidak berd0sa ini?? Sudahlah melakukan zina, ditambah pula membuang bayi sehingga mati dan dibiarkan begitu sahaja.. Golongan seperti ini nyata sudah jauh terpes0ng daripada akidah Islam dan untuk mendapat bauan Syurga apatah lagi, melainkan jika bertaubat kepada Allah S.W.T.. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi maha penyayang..
Firmannya :-
الحمدلله رب العلمين . الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(Al-Fatihah : 2-3)

Marilah sama2 kita fikirkan cara untuk mengatasinya, seterusnya mengambil tindakan agar perkara sebegini dapat dikurangkan seterusnya dibendung supaya keturunan kita semua terjaga dan dapat kita perangi musuh2 Allah yang sedang bers0rak kegembiraan kerana berjaya melemahkan Umat Islam dengan agenda yang mereka lakukan di atas muka bumi ini..

Tiada ulasan:

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.