Pengetahuan tidak akan cukup melainkan dengan mengamalkannya.. Kemahuan juga tidak akan cukup melainkan dengan kita mengerjakannya..

Jumaat, April 30, 2010

Cinta Manusia



Bila sebut sahaja tentang cinta, pasti ramai diantara kita yang akan definisikan cinta itu kasih sayang di antara se0rang lelaki dan perempuan. Di dunia ini ada banyak definisi cinta, ada banyak jenis cinta dan ada banyak syair cinta. Ramai 0rang seperti ahli falsafah, pujangga, sasterawan bahkan Alim Ulama’ juga menafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan Cinta itu sendiri. Insya Allah, kali ini saya nak kita semua buka mata kita, buka minda kita untuk saya membincangkan isu Cinta Manusia ini.

Bagi kita, apakah yang kita faham tentang maksud cinta itu sendiri? apakah maksud cinta yang sebenar pada hakikatnya?

Cinta itu memang bersifat fitrah(suci). Cuba la kita lihat kembali kepada sirah apabila Nabi Adam diciptakan, baginda berasa sangat sunyi. Lalu, Allah S.W.T telah menciptakan Hawa sebagai teman hidup kepada Nabi Adam. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi itu adalah fitrah manusia. Tidak hairanlah jika perempuan akan minat pada seorang lelaki dan lelaki akan minat kepada se0rang perempuan.

Orang yang benar2 merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yang sudah berkahwin. Ye ke?? Kenapa ye?? kerana 0rang yang benar2 yakin dengan pilihan hatinya sahajalah baru berani untuk ke fasa pernikahan, betul tak?

Bagi mereka yang cuma pandai melafazkan kata2 cinta, dan cuma tahu ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak mempunyai perancangan untuk ke fasa pernikahan, adakah itu yang dikatakan mencintai sese0rang? atau melafazkan cinta itu dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra daripada seseorang?

Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam? kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu bahawa Nabi S.A.W juga menyararankan kepada dua orang yang sedang bercinta, maka kahwinkanlah mereka berdua.

Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat2 menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk memasuki alam pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.

Dalam kajian di atas, biasanya cinta itu terjadi bagi dua orang yang sudah mengenali hati budi masing2, mungkin sudah berkawan untuk beberapa bulan/tahun. Maka, masih relevankah alasan nak berdating untuk kenal dengan lebih rapat lagi??

Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple. Jika betul2 kita telah jatuh cinta kepada sese0rang, pergilah berjumpa dengan mak ayah si perempuan dan beritahu hajat kita supaya fitnah tidak timbul. kemudian persiapkan diri untuk pernikahan. Takkan la tak berani untuk berhadapan dengan mak ayah dia k0t?? kita jumpa anak dia dan bawa keluar ke hulu hilir tak segan pulak kan!!



Bagi mereka yang sudah terlanjur ke alam percintaan dan sukar untuk melepaskan cinta masing2, inilah petuanya:-

Cinta itu memerlukan k0mitmen

Jika kita telah jatuh cinta kepada seseorang, maka tetapkanlah hati kita, berazamlah untuk melangkah ke alam pernikahan dengan secepat yang mungkin, janganlah mudah untuk kita hanya bermulut manis menyatakan cinta kepada sese0rang karena cinta itu bersangkut-paut kepada hati dan perasaan manusia. Jika kita menaruh hati dan mencintai kekasih kita, maka cinta itu memerlukan k0mitmen. K0mitmen amat diperlukan untuk membina hubungan yang sesuai dengan tuntunan agama dan syara’. Dengan k0mitmen juga kita akan dapat mencapai matlamat iaitu pernikahan yang suci dan diredhai oleh Allah S.W.T . Tak salah pun kalau kita kahwin muda, malah amat digalakkan sekali demi menjaga keturunan, maruah, aib, fitnah dan macam2 lagi perkara.

Jadi, Jomlah kita pakat ramai2 ubah cara bercinta kita!! (n_n)

Khamis, April 29, 2010

Ketagih faceb0ok!!


Hm, sejak akhir2 ni, ramai di antara kita yang ragu2 untuk menggunakan faceb0ok. Ada yang kata haram, halal dan makruh.. tapi, apa hukum sebenar kita menggunakan faceb0ok ni??

Facebook memang sebuah fenomena tersendiri di zaman sekarang ini dan memang tidak dinafikan telah ramai yang mendaftar untuk menjadi ahli dalam Faceb0ok setiap hari. Hukum asal Facebook ini adalah sebagaimana handphone, email, blog, internet, radio, dan alat-alat teknologi lain iaitu mubah(makruh) dan dibolehkan.

Maksud di sini ialah, semuanya bergantung kepada cara penggunaan kita. Jika kita menggunakan faceb0ok ini ke arah kebaikan, sebagai c0ntoh menyampaikan ilmu2 yang bermanfaat maka ia dib0lehkan, tetapi jika kita hanya menggunakan faceb0ok ini untuk hanya bersuka-suka dan hanya untuk membuang masa sehingga kita semua leka untuk menunaikan perkara yang wajib untuk kita lakukan, maka adalah digalakkan untuk kita meninggalkannya dengan secepat mungkin.

Kepada semua warga facebook:- Ingatlah waktu2 kita! Ramai orang berjam-jam menghadap di depan facebook, sehinggakan b0leh mencecah 5 jam straight, bahkan seharian pun ada gak, namun kita tidak begini di depan Al Qur’an dan dalam majlis ilmu. Kenapa ye?? Sungguh, ini yang membuatkan umat Islam pada masa kini leka dan alpa. Oleh kerana itu, sedarlah!!
Imam Asy Syafi’e Rahimahullah pernah mengatakan:-
“Aku pernah bersama dengan seorang sufi. Aku tidaklah mendapatkan pelajaran darinya selain dua hal. Pertama, dia mengatakan bahawa waktu bagaikan pedang. Jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya), maka dia akan memotongmu.”

Seterusnya Imam Asy Syafi’e berkata lagi:-
“Kemudian orang sufi tersebut menyebutkan perkataan lain: Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”

Ibnul Qayyim juga ada manyatakan sesuatu yang sangat menyentuh qolb(hati),
“Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal untuk membuat perkara sia-sia, untuk sekadar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.”

Jadi, marilah memanfaatkan facebook untuk dakwah. Inilah salah satu cara yang paling baik untuk kita semua  berdakwah. Jadilah kita sebagai orang yang bermanfaat kepada orang lain apatah lagi dalam masalah agama yang dapat mendatangkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dari Jabir, Nabi S.A.W bersabda:-
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberikan manfaat kepada orang lain.”

Dari Abu Mas’ud Al Anshori, Nabi S.A.W bersabda:-
“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada orang lain, maka dia akan mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (H. R. Muslim)

Lihatlah, bagaimana jika tulisan kita dalam note, status, atau link di facebook dibaca oleh 5, 10, bahkan ratusan orang, lalu mereka amalkan.. Berapa banyak pahala yang kita akan dapat?? Fikir2kan lah..

Rabu, April 28, 2010

Alam Baru Yang Dinantikan Telah Tiba Buatmu

Warkah ini saya tujukan khas kepada Amiruddin Husain yang telah meninggalkan alam bujangnya..


Selamat Pengantin Baru

Gembira apabila mendengar seorang rakanku sudah melangkahkan kakinya ke alam yang baru iaitu alam perkahwinan dan telah meninggalkan zaman bujangnya beberapa hari yang lalu. Pada mulanya agak terkejut jugalah jika nak bandingkan umurnya denganku tidak jauh beza. Umurnya baru sahaja nak masuk 22 Tahun dan masih lagi belajar.

Bagi saya, Alhamdulillah.. kerana sesuatu perkahwinan itu tidak menghalang faktor umur untuk kita mendirikan rumah tangga dan ini juga dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat zina. Beginilah caranya untuk kita sebagai umat Islam yang faham akan maksiat zina, haruslah kita dengan menikahi perempuan yang halal agar terjaga keturunan kita.

Tak sangka pulak saya, tiba2 dengar berita dia dah kahwin!! Memang tidak dinafikan rakanku ini seorang yang jaga adab pergaulannya. Tak pernah c0uple, dating apatah lagi.. b0leh je kahwin.. Tak semestinya bercinta sebelum kahwin adalah jalan kepada alam perkahwinan. Selepas memasuki alam perkahwinan juga b0leh bercinta, malahan lebih ser0nok..

Itulah dia janji Allah S.W.T di dalam Kalamullah :-

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
(Surah An-Nur : 26)

kata2 dari hatiku buatmu :
"Walaupun sedih kerana tidak dapat menghadiri kenduri perkahwinanmu, ana tetap mend0akan yang terbaik buatnmu"

sem0ga selepas ini kamu akan menjadi se0rang suami c0ntoh yang terbaik seperti Rasulullah S.A.W..

Marilah Kita Duduk Sebentar

Ahlan Wasahlan..
Semoga dengan pengisian di dalamnya bisa merubah hati kita walaupun sedikit.. InsyaAllah!!

من أنا

Foto saya
sese0rang yang inginkan perubahan ke arah kebaikan di dalam dunia saya mahupun di dalam dunia 0rang lain.. masih belajar daripada melakukan kesilapan yang tidak lari daripada fitrah manusia.. hendak mengetahui dengan lebih lanjut sila add email/faceb0ok ini:- anuar_9@yahoo.com jazakallah

Masa Umpama Pedang

Luahkan Perasaanmu

Rakan Seperjuangan

Nasyeed Hangats

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

Pages

Dikuasakan oleh Blogger.